Albumku

Albumku

Jumaat, 28 Disember 2012

Renungan di Petang Jumaat Terakhir Tahun 2012

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Sekadar renungan kita bersama







Papa sayang mama dan Luqman

TONG KOSONG YANG KELAM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua rakan-rakanku...

Korang pernah tengok tong kosong mcm nie x? Mesti pernah la kan. Banyak terdapat di bumi Malaysia tercinta nie. Dan ramai juga manusia yang lebih kurang perangainya macam nie seperti tong hitam yang kosong. Orang macam nie memang la tidak boleh pakai. Boleh merosakkan bangsa dan agama. Kalo diajak join business, confirm 300% yang business tue akan lingkup. Aku ada kenal dan jumpa orang yang macam nie. Lagaknya seperti orang yang pandai dalam segalanya. Tapi sebenarnya kosong. Bunyi kuat tapi xde apa-apa pun di dalamnya. Yang paling kelakarnya tanya soalan kat aku yang budak tadika pun tau. Ada sekali aku buat-buat xtahu jawapan pada soalan yang ditanya dan aku tanya balik tp dia boleh jawab dia pun xtahu. Hmmm.. Macam mana nk jadi pemimpin. Cakap berapi. Cakap hebat tapi kosong. Asalnya nk juga berguru dengan orang mcm nie tapi terpaksa dibatalkan hasrat tue. 
Banyak kisah pasal manusia nie. Dia pernah memburukkan nama anak sendiri sebab nk cover kawan baik dia sejak dia sekolah dulu. Apa punya jenis bapak la mcm nie. Pastu menyebarkan benda2 yang xbetul kepada orang lain. Yang paling best bila dia suka petik je nama orang sbb xnk apa2 kesalahan diletakkan atas bahu dia. Yang paling syiok dan tragik dalam hidup dia nie sanggup dia dok menipu kawan baik dia sendiri demi kepentingan diri sendiri. Kawan baik dia xtau yang dia dipersendakan oleh manusia nie. Pastu kawan baik dia nie punya la baik sanggup dok ikut je apa yang manusia nie berkata-kata then cakap orang lain yang macam tin kosong dan sanggup jadi balaci orang sedangkan dia xtau yang manusia nie dok memburuk-burukkan dia. Kesian aku tengok kawan baik dia tue. Kawan baik dia xtau yang kenyataan dia sebelum nie dicetak (print) oleh orang lain dan bukannya aku. Aku pun nk berterima kasih jugak kt seseorang nie sbb print kenyataan dia. Kalo x, sampai sudah kami semua xtau.
Jadi nasihat aku, dalam berurusan dengan setiap orang kenalah berhati-hati. Aku pun nak menasihati diri aku supaya agar berhati-hati di dalam berurusan dengan setiap orang yang aku jumpa dan kenal. Harap kita semua hidup dalam aman dan tenteram. Okey la...xnk cakap banyak. Nanti aku sama seperti tong kosong ni plak. Minta jauh la dari perangai macam nie. Minta maaflah ada tullisan aku kt sini yang xmenyenangkan hati korang. Cuma luahan hati ke blog..Hehehe..Apa2 pun harap di Tahun 2013 nie hidup kita makin diberkati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya. Peace no war.

"TUA TIDAK SEMESTINYA BIJAK DAN MATANG, MUDA TIDAK SEMESTINYA BODOH DAN KEBUDAK-BUDAKKAN"

moh kite renung bersama wei!


Papa sayang mama dan Luqman

Talam Dua Muka dan Batu Api

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan2 ku yang dikasihi...

Ada satu cerita yang hendak aku kongsikan dengan korang semua. Kisah ini adalah kesinambungan dari entry blog bertajuk Manusia Talam Bermuka-muka yang pernah aku siarkan sebelum ini. Kisah nie hanyalah kisah dari pengalaman-pengalaman yang aku dan kwn baik aku serta beberapa kwn aku lalui yang boleh dijadikan pedoman di antara kita semua terutamanya kita yang masih muda.

Hari nie aku nk berkongsi tentang dua sikap manusia yang telah aku jumpa dan terkena dengan sikap diorg nie. Aku klasifikasikan orang-orang sebegini seperti TALAM DUA MUKA dan BATU API. Kisah dua sikap berdasarkan penilaian aku sendiri. Bagaimana korang semua nk menilai dua sikap ini dari penceritaan aku, terpulang pada korang sebab setiap orang ada pendapat tersendiri bagaimana nk klasifikasikan orang lain berdasarkan sikap yang ditunjukkan. Dalam hidup ini, ada dua bahagian sikap (pada pandangan aku la). Yang pertama adalah sikap-sikap yang baik. Yang keduanya adalah sikap-sikap buruk yang kita sendiri tidak suka. Aku pun sendiri ada sikap-sikap yang baik dan buruk tapi hari demi hari aku akan membetulkan dan mengubah sikap-sikap buruk aku kepada yang lebih baik.

Aku bermula dengan manusia yang bersikap talam dua muka yang aku dh jumpa. Korang mesti tau antara simptom-simptom manusia yang talam dua muka. Pada aku, ada simptom-simptom yang aku dh kenal pasti pada manusia ini. Apa dia? Jom kita tgk list di bawah ini:
1. Berpura-pura baik
2. Depan cakap baik, belakang Allah aje yang tau.
3. Berlagak seperti orang yang tidak bersalah dan tidak tahu apa2.
4. Sentiasa mengaku dirinya bersederhana dan ringkas.
5. Matanya meliar memerhati
6. Agak pendiam
7. Berlagak tidak mengambil tahu pasal orang lain tp berjaga-jagalah..
8. Sentiasa buat muka sedih dan kesian dengan harapan mahu menagih simpati org lain.
9. Sentiasa bercakap tidak tahu tp dialah manusia yang suka mengambil tahu (dalam diam)
10. Suka meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain.

Ada banyak lagi sikap-sikap manusia nie mengikut klasifikasi aku tp xtau mcm mana nk diolahkan. Tp tak pe..Kita amik yang penting saja dulu. Cuba korang bayangkan kalo korang hidup atau bekerja dengan orang mcm nie. Mmg susah nk nampak sikap manusia jenis ini talam bermuka-muka.

Skang aku kongsikan plak manusia yang bersikap batu api pada pandangan aku la yang boleh korang tgk disenarai bawah nie:
1. Pertama kali berjumpa terus bercerita tentang keburukan orang lain.
2. Sentiasa merancang mahu jatuhkan orang lain.
3. Semua orang salah dimatanya dan menganggap diri dia je betul.
4. Dok bercerita tentang pengalaman 'hebat' dia ditempat-tempat keje lain.
5. Manusia jenis ini akan bercakap dia dulu adalah orang yang penting dalam syarikat sblm nie (hmmmm....confius!)
6. Menganggap diri dia je yang hebat. (Hebat???)
7. Melaga-lagakan orang lain dengan orang-orang yang dia xsuka.
8. Setiap hari akan ada cerita-cerita buruk berkenaan dengan orang lain.
9. Dimulut manusia ini xpernah nk cerita kebaikan orang lain tp keburukan orang lain menjadi 'lauk' topik bersembang. (nie dikira tazkirah atau ucapan pg utk manusia jenis ini)
10. Suka menasihati orang lain tetapi 200% ke arah keburukan.

Agak menakutkan kalo berjumpa dengan orang yang mcm nie lagi. Tambahan plak kalo berjumpa yang berpasangan. Sorang talam dua muka..Sorang batu api. Kalo bergandingan berdua, errr xtau nk cakap tp aku dh jumpa.

Nasihat aku agar korang lebih berhati-hati dengan orang yang mcm nie. Kalo korang rasa tindakan korang betul, korang teruskan. Sebab manusia jenis2 ini sentiasa mempunyai hasad dengki tahap SUPER MELAMPAU. Dan berhati-hati la sebab mereka ini suka menggunakan agama dan berlagak alim sebab menutup sikap buruk diorang.

Aku nie bukanlah hebat sangat nk menasihati org tetapi sekadar nk berkongsi pengalaman aku, kwn baik aku dan rakan-rakanku yang telah kami lalui berhadapan dengan orang yang mcm nie. Pastu aku nk syer skit  pepatah yang aku reka sendiri. TUA TIDAK SEMESTINYA BERAKAL DAN MATANG DAN MUDA BELUM TENTU LAGI BODOH DAN KEBUDAK-BUDAKAN. Yang tua tunjukkanlah sikap yang baik kepada yang muda supaya boleh dicontohi.  Moh sama2 kita renung2kan...

Berjumpa lagi di next entry..Wassalam


Rabu, 26 Disember 2012

Telatah Luqman Semasa Perlawanan Akhir Ke-2 Antara Thailand vs Singapore..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua rakan2...

Entry kali nie, aku nk kongsi skit video Luqman menonton perlawanan akhir kedua antara Thailand dan Singapura..Harap maaf la sbb video kurang memuaskan. Maklumlah, rakam guna phone murah je. Okey la...moh kita tgk gelagat Luqman tgk game bola tempoh hari...



Okey...bye...
Wassalam..


Papa sayang mama dengan Luqman...

Selasa, 11 Disember 2012

Telatah Luqman Dihari Perlawanan Separuh Akhir Pertama Malaysia vs Thailand

Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan....


Hari nie aku nk konsi skit telatah Luqman semasa hari Perlawanan Separuh Akhir Pertama Malaysia vs Thailand. Dikala orang lain sibuk ke stadium membeli tiket, membuat persiapan untuk ke stadium dan pelbagai lagi, aku dengan Luqman dok kt umah aje la dok layan upin dan ipin sama2. Maklumlah, nk pegi stadium mmg la amat jauhnya sbb kami ada di Ipoh. Perlawanan diadakan di Bukit Jalil. Tp mmg teringin nk pegi tgk game Malaysia secara langsung di stadium. Bleh rasa gamatnya sorakan penonton..Hehehehe...

Kisah bermula kami pergi ke Tesco Hyper Ipoh nk beli barang2 rumah sebelah pagi (sbbnya aku dh warning bini aku, nk beli apa2 cuma sblh siang je, malam aku sibuk)...hehehe...So bergerak la dari umah mertuaku di Taman Perpaduan ke Tesco untuk beli barang2 rumah. Sepanjang berada di Tesco, mujurlah si Luqman nie xbuat perangai. Tp macam2 telatah yang dibuat. Yela, Luqman pun dh besar..Dh cerdik skit nk buat telatah dia sendiri.. Matanya meliar dok tgk orang lalu lalang sebelah trolly dia. Pastu nampak yang cun skit, mula la nk senyum2...Hmmmm...So, aku kongsi skit gambar2 Luqman masa di Tesco pagi tue. Tak banyak pun gambar diambil...Hehehe...

Cenggini la cara dia memandang awek2 cun yg lalu  dpn mata dia...hmmmm...
Ha..nampak cara dia memandang...ish...ish....
   

"Akulah si comei tue"

Bantal busuknya akan dibawa ke mana2 sahaja....

Ha...itu telatah2 dia masa kt Tesco...ada lagi..tp ntah sbb apa xleh plak nk upload....Okey..skang aku kongsi gambar2 telatah semasa menonton perlawanan separuh akhir piala suzuki aff.. Aku dgn Luqman booking tiket depan tv..hehehe...Yang syioknya Luqman nie, bila nampak player tgh gelecek bola, mesti kaki dia pun akan digerakkan mcm nk berlari. Punyalah excited mcm dia paham je tgk game tue..Bila pasukan dapat jaringkan gol, dengan dia sekali menjerit sbb org lain pun menjerit jugak. Padahal umur tue baru 4 bulan lebih, tp cara tgk bola dh mcm budak besar. Hmmmm....So, aku kongsikan plak gambar2 telatah dia tgk bola..hehehe...moh wei...

Bersedia depan tv..hehehe..Bantal busuk tidak akan dilepaskan...

Ha....tue tgh geram tgk bola...ish..ish...

Muka xpuas hati sbb gol xdpt dijaringkan oleh Safee Sali...

Muka lega selepas Malaysia leading...hehehe...bantal busuk nyaris2 ditolak ke tepi...

Itulah reaksi2 Luqman pada hari tersebut. Tp apa2 pun walapupun Malaysia sekadar seri, corak permainan yang ditunjukkan memuaskan hati. Jangan berputus asa wahai Harimau Malaya. Malaysia Boleh! Luqman Boleh! hehehe...okey la...see you all for next entry...bye...wassalam..


Papa sayang mama dan Luqman..

Jumaat, 7 Disember 2012

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan semua..

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut

Isnin, 26 November 2012

Luqman diusia 4 bulan..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan...


Hari nie aku kongsi sedikit berkenaan anakku si Shafizul Luqman Waqiuddin nie. Pada 21hb November 2012 genaplah usia si Luqman nie 4 bulan. Diusia nie, dia pandai main, dh pandai ketawa, dh pandai nk menyembang (walaupun xpaham apa yg dia kata), dh pandai buat perangai dan mcm2 lagi la. Hari nie pegi Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk buat pemeriksaan berkala. Beratnya 8 kilogram diusia 4 bulan nie. Hehehe...Nurse pun dh pesan minta tlg kawal berat si Luqman. Tp tidak diberitahu bagaimana nk kawal. Tak kan la nk soh si Luqman nie bersenam dan berjogging. Luqman nie cuma minum susu je pun. Hmmmm.. Okey la...Kat bawah nie aku kongsi skit gambar2 Luqman nie di usia 4 bulan.






Ha...nie semua gambar luqman dikala usianya 4 bulan..hehehe...Semakin comei dan debab. Itulah Shafizul Luqman Waqiuddin.
Sekian. Wassalam





Papa sayang mama dan Luqman.


Jumaat, 23 November 2012

Minggu Malang Aku

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua rakan2 ku....


Minggu nie adalah minggu yang boleh dikatakan agak x bape nk baik bg aku. Bukan masalah besar sangat pun. Tp bermula dari Isnin hingga Khamis, aku telah melakukan satu kesalahan trafik yang serius...huhuhu...Aku telah langgar lari beberapa mangsa. Antara mangsa2 langar lari yang telah aku langgar adalah seperti berikut :



Aku telah langgar 2 ekor ayam jantan. Seekor kena hari Isnin. Seekor lagi kena hari rabu. Apa nasib ayam2 tue....Mangsa yang telah aku langgar pada hari Selasa adalah sebijik yang dalam gambar di bawah :



Mangsa nie mati serta merta ditempat kejadian. Pada hari semalam aku telah langgar kura-kura. Bukan aku je yang langgar. Kereta2 di belakang kete aku pun langgar mangsa2 nie..huhuhu :


Moral dari citer nie, nk melintas sila lihat kiri dan kanan ye. Sayangilah binatang peliharaan anda. Jangan terlepas ke tangah jalan. Nanti kena langgar. hehehe...
Sekian. Wassalam.



Papa sayang mama dan Luqman

Khamis, 22 November 2012

UPSR : Antara Kualiti atau Kuantiti

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat2....


Baru-baru ini pada 19hb November 2012, telah diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Alhamdulillah, ramai juga yang mendapat 5A termasuk la adik iparku Fatin Najwa Bt Mohd Nazri. Tahniah Wawa. Kalau tidak salah seramai 45,054 calon mendapat semua A. 

Sumber Harian Metro (20hb November 2012, m/s 12)
Menurut analisis yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, terdapat sedikit dari penurunan jumlah calon yang mendapat semua A. Pada aku, aku tak la kisah sangat berkenaan turun naik jumlah lulus tue. Apa yang aku titik beratkan sekarang ini, adakah calon-calon yang mendapat semua A tue benar-benar berkualiti? Adakah anak-anak atau adik-adik kita ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis?

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan aku nie. Akan ada yang mengatakan bahawa budak-budak nie masih sekolah rendah lagi. Budak lagi pun. Pada aku salah la kalau kita pikirkan macam tue. Bak kata orang-orang tua, Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Takkan la nk menunggu dh masuk universiti baru nk dibentuk pemikiran kreatif dan kritis.

Minta maaflah kepada cikgu2 ye. Mungkin saya tidak tahu apa dibuat oleh guru2 kita yang gigih berusaha melahirkan pemimpin-pemimpin dan masyarakat akan datang. Tapi apa yang aku tengok, bebudak nie macam lebih kepada menghafal fakta-fakta yang diberikan oleh guru-guru. Balik umah je, mengadap buku latihan yang dibeli dikedai buku yang mana soalan2 tue dh keluar sebelum nie.

Yang aku nampak bebudak nie macam hanya tahu 2 x 3 = 6 dan 3 x 2 = 6. Andailah soalan tue diberikan sebegini _ x 3 = 6. Mungkin ramai yang ternganga nk menjawabnya. Bila dihantar ke kelas tambahan, soalan2 spot akan diberi. Tiada inisiatif untuk buat sesuatu strategi yang berkesan. Kita harus ingat, kita mahu persiapkan pelajar yang berkualiti di dalam diri mereka tp bukan berkualiti di atas kertas je. Tp tue la, hanya guru-guru yang boleh menjawabnya. Bak kata aku td, aku nie bukan cikgu nk menilai semua nie. Namun aku menilai apa yang berlaku di hadapan mata aku. Aku pernah bekerja di sebuah kolej. Aku pernah menemuduga calon pekerja. Dari situ aku menilai.

Zaman aku dulu, kalo nk dgr ada pelajar mendapat semua A, mmg cukup ssh. Kalo kita dgr pun, pelajar2 yang mendapat semua A, dtgnya dari sekolah berasrama penuh dan sekolah elit. Kalo ada pun cuma 1-2 orang sahaja. Itu pun dh cukup mengembirakan seluruh warga sekolah kerana ada pelajar yang mendapat semua A walaupun ianya sebuah sekolah dari luar bandar. Tp walaupun hanya 1-2 org sahaja yg mendapat semua A dan yang lain mendapat pelbagai gred tp pelajar yang dihasilkan lebih berkualiti. Tue zaman aku iaitu pada sekitar 90an.

Berbalik kepada penilaian aku td. Aku pernah bekerja dengan sebuah kolej swasta (aku xnk mention nama kolej tue). Aku bertanggungjawab di dalam membuat pemilihan pelajar untuk kemasukkan ke kolej. Pernah aku buat temuduga bebudak yang masuk kolej nie. Ada beberapa pelajar yang agak baik keputusannya. Bebudak nie hanya tahu study je. Kokurikulum pun x aktif sgt. Kalo ada pun sbb atas paksaan. Ditanya kenapa tidak memohon ke IPTA. Jawapannya dh buat permohonan tp tidak berjaya (tue yg nk daftar ke kolej swasta tue). Okey la. Mungkin penempatan dh penuh kot. Aku boleh terima la alasan diorg. Then aku tanya beberapa soalan untuk menguji sejauh mana IQ bebudak nie. Hmmm...Mmg tidak masuk akal jawapan yang diorang beri. Mula la aku terfikir, apa yang bebudak nie blajar sebenarnya kt sekolah. Soalan2 senang pun xboleh nk jawab. Hmmm..Mcm mana nk masuk ke peringkat seterusnya. Nie belum tanya lagi bebudak yang lebih rendah keputusan deme. Lagi hancur rasa aku.

Tue bebudak yang baru nk masuk peringkat pendidikan yang seterusnya. Nie plak citer pengalaman aku semasa aku menemuduga bebudak yang nk masuk keje. Keputusan di kolej atau universiti cukup la bagus. Rata2 mendapat CGPA 3.0 ke atas. Pun sama jugak, bila aku bagi suatu situasi yang hendakan bebudak berfikir mcm mana nk selesaikan, bleh plak tanya aku mcm mana nk buat. Aku ckp la korang buat la seperti mana yg korg belajar dulu. Nk tau apa jawapan deme. KAMI TAK PERNAH PUN BELAJAR PASAL NIE. Pada hal aku tanya soalan yang mempunyai hubung kait dengan kelulusan dan kelayakkan korang. Aku dh tgk transkrip korang sbb tue aku berani tanya. Nampak tak kesannya kalo bebudak nie tidak dididik menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis. Pastu bagi la alasan bahawa sijil korang tidak laku. Jangan salahkan sijil. Sijil tue tak bersalah pun. Yang tak laku adalah diri korang sendiri. Yang tak laku adalah ketrampilan korang sendiri. Yang tak laku adalah bagaimana korang berpikir. Sijil hanyalah sekeping kertas yang menunjukkan korang pernah belajar di universiti itu ini. Sijil hanyalah sekeping kertas yang memberitahu kepada majikan apa yang korang pernah belajar sebelum ini. Sijil hanyalah sekeping kertas yang menunjukan kelayakan dan kelulusan korang.

Itulah penilaian aku, mengapa aku ckp bebudak skang sudah tidak berkualiti. Jangan kita bangga dengan pencapaian beribu-ribu pelajar kita mendapat semua A di dalam semua jenis peperiksaan yang mereka duduki samada UPSR, PMR, SPM/SPMV, STPM/STAM. Kalo ramai dapat semua A sekalipun tapi tidak berkualiti dari segi pemikiran, tiada gunanya jugak. Belajarlah bagaimana untuk berfikiran secara kreatif dan kritis. Dan aku dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa di sekolah memang selalu diwar-warkan bahawa pelajar harus berfikiran kreatif dan kritis. Kalau betol kenapa situasi di atas boleh berlaku. Mungkin ada yang membaca blog aku nie setuju dengan tulisan aku nie. Tidak kurang juga yang tidak suka. Aku hanya bercakap benda yang aku dh lalui selama nie. Bagaimana kita nk mencapai negara maju sedangkan pemikiran kita masih ditakuk lama.

Okey la. Masing2 ada otak untuk berfikir. Masing2 ada akal untuk menilai. Masing2 ada pendapat yang berlainan. Rambut sama hitam tp hati lain2. Marilah kita sama2 renung-renungkan. ADAKAH KITA MENGEJAR KUALITI ATAU KUANTITI?

Renung-renungkan dan senyum sokmo
Sekian. Wassalam.



Papa sayang mama dengan Luqman.

Jumaat, 16 November 2012

Sahabat Baikku

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan2....

Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang seorang sahabat baikku. Namanya tidak akan diberitahu di sini. Dia bukan sahaja sahabat baikku tetapi jua sahabat baik isteriku. Apa yang menarik berkenaan dia? hmmm....banyak perkara menarik tentang dia. Dia juga seorang cantik dan comei. Aku dan isteriku tak sabar nk menanti siapalah calon suami dia yang bertuah tue. Hehehehe...

Itu adalah antara perkara-perkara yang menarik berkenaan hal dia. Yang lain tue mungkin aku ceritakan lain kali. Cuma aku nak berkongsi satu perkara tentang dia yang telah terjadi baru-baru nie. Dia menceritakan tentang keenakan buah durian di kebun abah dia. Kalau korang tengok cara dia bercerita tue, memang terliur la air liur korang tue. Silap-silap korang tak perasan yang air liur korang dah meleleh mendengar dia bercerita  tentang keenakan buah durian abah dia. Bak kata aku la, dia sememangnya layak menjadi promoter. Kalau korang lantik dia jadi jurucakap bagi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang korang atau syarikat korang tawarkan, confirm jualan korang mencanak naik.

Memang syok dengar dia bercerita tentang buah durian abah dia. Hendak dijadikan cerita petang tue aku datang ke rumah dia sebab abah dia nak bagi buah durian seperti yang dia ceritakan pagi tue. Yang bestnya, abah dia pun bercerita sejibik macam sahabat baikku nie bercerita. Terdetik dalam hati aku nie, diorang nie memang merancang ke untuk bercakap atau promote durian diorang tue. Tapi tue la. Bak kata orang-orang lama, Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi. Tue la perkara menarik berkenaan sahabatku nie. Dia anak abah la katakan. 

Sikap dia dengan abah dia serupa je. Memang jenis bukan penakut. Keras hati. Sebab apa aku cakap dia dgn abah dia keras hati. Kalo dia cakap mcm tue la, mcm tue kehendak dia. Sama je mcm abah dia. Baru-baru nie abah dia kena serangan jantung. Doktor suruh dalam masa 6 bulan pertama nie rehat dan jangan buat kerja-kerja berat tapi abah dia buat jugak. Yang bestnya degilnya abah dia, bleh plak pergi mesin rumput kat kebun dia berseorangan. Kalau jadi apa2 kat dia, sape yang susah. Hmmmm...Tp tue la..Tue la yang menjadikan sikap yang menarik berkenaan sabahatku dan abahnya. Memang keduanya sama je perangainya. 

Pendek kata siapa yang berhajat nak mengorat dia, pastikan korang betul-betul bersedia nak mengorat dia. Bukan calang-calang orang boleh mengorat dia. Hati nie rasa nak bercerita lagi, tapi kerja-kerja sedang menunggu untuk disiapkan. Minta maaflah kalo la cerita aku nie x berapa menarik sangat. Sebab otak aku skang nie masih sejuk lagi. Maklumlah minggu nie banyak bercuti. Jadi otak aku nie x banyak sangat bekerja. Hehehe.. Apa-apa pun tue je yang aku nak kongsikan. Lain kali kita cerita berkenaan hal lain plak ye. Okey la...Aku out dulu..Sekian. Wassalam.


Sayang mama dan Luqman sangat2...

Rabu, 7 November 2012

Manusia Talam Bermuka-Muka

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai

Hari ini aku nk citer skit berkenaan pengalaman aku baru-baru nie. Selama 30 tahun aku hidup, bermacam-macam orang dh aku jumpa. Ada yang penipu, talam dua muka, iri hati, dengki, dan ada yang betul-betul baik. Tapi dalam semua nie, aku cuma nk citer pasal orang yang talam bermuka-muka. Bukan 2 muka lagi dh. Tapi dh banyak muka.

Memang x disangka bahawa ada sorang kenalan aku nie mmg talam bermuka-muka. Asalnya dia bukanlah mcm nie. Tp ntah syaitan mana yg hasutnya jadi mcm nie. Di depan kita cakap lain. Cakap baik betol bak kata orang-orang tua pijak semut pun x mati. Tapi kat belakang kita, syaitan pun lebih baik dari dia. Hmmmmmm....mmg susah nk dikata tahap kejahatan beliau.

Apa yang lebih menarik cerita nie, manusia tersebut telah menyatakan bahawa dia 'dianak tirikan'.  Umpama tidak diperlukan. Aduan dibuat. Semua dipanggil. Isunya kenapa kerjasama tidak diberikan kepadanya. Hmmmm...okey, kalo itu yang dia nak, xpela..kita bleh bagi kerjasama. Cuma kenapa sblm nie bila kita minta pandangan dan pertolongan, jawapannya dia xmampu nk bg sebarang idea sbb masalah-masalah tertentu. Skang ko claim yang semua xberikan kerjasama pada ko. 

Untuk tidak memanjangkan isu, kita bagi SEDIKIT kerja. Dan dari sinilah kemuncaknya tiba. Dikatankan olehnya kepada orang lain bahawa kita nie xnak buat keje plak. Adoyaiiiiiii... Nape nie? Dah serabut dh kepala aku. Wahai manusia berkenaan, ko tue tgh sakit. Bawak-bawaklah berbaik dengan orang lain. Buatnya hayat kita setakat hari nie, dh xsempat nk minta maaf kt orang lain terutamanya kt orang yg ko aniaya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita dicatat. Xtakut neraka ke?

Mungkin dia dh banyak sangat pahala sampai tak tertanggung olehnya sbb tue dia nk sedekah pahala dia kt org lain kot. Hmmmm. Macam mana tue. Kemudian dok cakap org tue penipu. Awat??? Hang tue mcm mana? Baik sangatkah? Tikam orang dari belakang baik sangat ka?? Jadi CCTV buruk tue baik sangat ka?? Cermin diri sebelum berkata-kata. Nk cakap aku nie baik sangat xde la. Ada juga nakalnya. Ada jugak jahatnya. Tapi aku buat jahat, aku tak libatkan orang lain. Aku buat sorang-sorang.

Tapi tue la. Susah nk cakp dengan orang yg mcm nie. Harap2 berubah la. Pada kawan2 semua, berjaga-jagalah dengan orang yang macam nie. Memang x boleh dibuat kawan. Umpama lepaskan anjing tersepit, bila terlepas kita balik kena gigit. Pada manusia tersebut, udah2 la berperangai macam bebudak. Awak tue dh sepatutnya bercucu. Tp kite semua beringatlah. Hukum Allah tidak mengira tua atau muda. Ntah2 luahan aku diblog nie akan disampaikan pada orang berkenaan. Kalo sampai jugak, aku tau la sape yang bercakap.

Apa2 pun selamat beramal dan senyum sokmo.

Sayang mama dan luqman sangat2...

Selasa, 6 November 2012

Tempat Percutian Kegemaranku

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan...



Hari nie aku nk kongsi tempat percutian yang selalu aku lawati. Boleh dikatakan setiap kali aku pergi bercuti di tempat nie, tak pernah rasa jemu hinggap di hati. Pasti rindu untuk datang ke tempat nie lagi walaupun dh banyak kali pergi. Tempat yang aku maksudkan adalah Cameron Highland di Pahang Darul Makmur dan bersempadan dengan Perak Darul Ridzuan. Mesti ramai yang dah pegi ke tempat nie. Memang best tempat nie. Tempatnya sejuk. Kaya dengan flora. Pelbagai spesis bunga dan tumbuhan boleh didapati di sini. Bunga-bunga yang sukar didapati di tanah pamah boleh dilihat di kawasan tanah tinggi ini.






SEJARAH CAMERON HIGHLANDS
Cameron Highlands dinamakan selepas Mr. William Cameron, seorang Juruukur British, tetapi ia sebenarnya diasaskan oleh Pahlawan Melayu yang bernama Kulop Riau yang gambarnya boleh dilihat di Muzium Perak, Taiping. Beliau diiringi oleh Mr. Cameron pada kebanyakan ini bergerak dalam hutan antara Perak dan Pahang. Mr. Cameron melakukan penerokaan besar Cameron Highlands sekitar abad ke-19. Sumber nie aku dapat dari internet.
Menurut sumber dari internet juga, Cameron Highlands dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Tanah Rata, Brinchang dan Ringlet yang berasal dari perkataan Ringgiriok iaitu perkataan orang asli merujuk kepada spesies pokok yang terkenal bagi Orang Asli Semai di Tanah Selatan.Namun demikian Tanah Rata adalah bandar utama di Cameron Highlands dan pusat tarikan utama di sana.

Peta Lokasi Cameron Highlands

Jenis kenderaan yang biasa dilihat di Cameron Highlands. Kenderaan jenis ini menjadi medium pengangkutan utama di Cameron Highlands.













TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS :-

Kalau nk pergi ke Cameron Highlands memang takkan sah kalau tidak singgah di Ladang Teh. Lagi pun  Cameron Highlands nie mmg terkenal dengan ladang teh. Korang semua boleh melawat ke Boh Teh Plantation, Sungai Palas Tea Plantation dan Cameron Valley Tea Plantation. Ada lagi ladang-ladang teh yang korang boleh melawat.

Selain tue, korang juga boleh melawat ke Ladang Strawberry dan makan buah strawberry yang korang petik sendiri dari pokok. Korang boleh rasa kesegaran dan kemanisan buah yang juga menjadi tarikan utama pelancong ke Cameron Highlands. Mana kita boleh dapat buah strawberry yang segar di tanah pamah.

Selain melawat Ladang Teh dan Ladang Strawberry, korang juga boleh tengok banyaknya Ladang Sayur. Sayurnya mmg xpayah nk explain lebih-lebih la. Memang segar. Tapi aku nie bukan pemakan sayur tegar. Jadi aku xtau betapa segar dan manisnya sayur-sayur dari Cameron Highlands. Aku cuma dengar apa yang orang cakap la. Mak dan mak mertuaku mmg suka pergi ke sini sebabnya dapat beli sayur segar dalam kuantiti yang banyak dan memborong bunga-bunga secara serius. Tapi bila sampai kat umah, ntah apa jadi kt bunga-bunga tue. Hehehehe.....

Selain tue juga, korang boleh melawat Time Tunnel Galery (The Local Museum). Menurut sumber internet, muzium nie memaparkan gambar-gambar lama Cameron Highlands. Aku xberani nk sahkan maklumat nie sbb aku pun xpernah pergi. Hehehe. Pasni aku nk pergi ke muzium tue. Barulah syok nk kongsi dengan korang semua. Sori ye. Hehehehe. 

Tempat menarik lain yang korang boleh pegi macam Taman Ros dan Taman Rama-rama. Yang nie aku mmg dh pergi. Mmg syok tempat nie. Aku pergi dengan tunang aku dulu (skang dah jadi bini daaaa). Rancangnya nk pergi honeymoon kt sini tp xsempat sbb bini aku dh disahkan mengandung. So, tunggu Luqman besar skit, aku nk pergi ke sana lagi. Lagi satu aku sarankan korang pergi hari weekend. Sebabnya ada pasar malam. Macam2 ada dijual kt pasar malam tue. Makanan usah dicakaplah. Cenderahati pun banyak dijual. Boleh dibeli sebagai kenang-kenangan untuk orang tersayang.

Selain korang melawat segala bagai ladang yang ada kt Cameron Highlands tue, korang juga boleh buat aktiviti-aktiviti lain seperti Jungle Tracking, Camping, dan Hiking. Memang syok la sbb byk benda boleh dibuat sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Di sini nie aku kongsikan sedikit gambar-gambar pemandangan berkenaan Cameron Highlands. Pasti korang akan tertarik dan terpesona untuk ke sana lagi. Hehehehe.

Tempat penginapan korang semua xpayah nk bimbang sbb kt sana byk hotel korang boleh check-in. Yang mahal pun ada. Yang murah pun ada. Macam2 ada..hehehe..





Kalo nk disenaraikan hotel2 yang ada kt Cameron Highland, mmg jenuh la aku nk menaip. Dah la nama pun pelik. Apa2 pun korang bleh tgk dlm internet. Banyak maklumat pasal penginapan di Cameron Highlands. Okey la..InsyaAllah pasni aku akan kongsikan kenangan-kenangan sblm nie masa aku ke Cameron Highlands bersama isteri dan kawan-kawanku. Tak banyak tempat yang aku explore lagi. Moh la kongsi2 dengan aku. Bleh kongsi tempat2 lain yang menarik jugak sbb aku nie kaki melancong terutamanya tempat yang ada pemandangan yang cantik. Okey la...kita jumpa lagi di lain masa. Wasalam.

p/s : maklumat pasal Cameron Highlands yang aku tulis nie x la bape lengkap. Aku tulis mengikut pemahaman dan pengalaman aku je. Kalo ada maklumat yang silap, aku minta maaf awal2..hehehe...bye..

Sayang mama dan luqman..

Khamis, 1 November 2012

SHAFIZUL LUQMAN WAQIUDDIN BIN SHAFIZUL EZWAN

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera sahabat-sahabatku....

Hari nie, aku nk kenalkan ahli keluarga aku yang baru. Permata hatiku dan isteriku telah lahir ke dunia. Tepat pada jam 4.45 petang bertarikh 21 Julai 2012 di Dewan Bersalin Hospital Ipoh bersamaan 1 Ramadhan 1433H, lahirlah seorang insan yang amat dinanti-nantikan oleh ku dan isteriku. 9 bulan kami menunggu.

Ini lah Shafizul Luqman Waqiuddin. Panggilan manjanya Luqman..Maksud namanya adalah Yang Bijaksana Penegak Agama

Yang bestnya Luqman nie lahir 2 hari sebelum hari ulang kelahiran mama dia...Tarikh lahir mama dia 23 Julai 1983...So, jimat duit aku nk buat majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran...hehehe...jangan marah ye mama...

Hari Kedua Kelahiran
Alhamdulillah..Allah berikan kurniakan anugerah yang tidak ternilai nie tepat pada 1 Ramadhan 1433H...Dikala orang lain sibuk dok menyiapkan juadah berbuka..aku plak menanti dengan penuh kesabaran di ruang menunggu Dewan Bersalin Hospital Ipoh..Mmg la Luqman lahir dalam waktu Asar, tp terlalu byk sgt prosedur hospital yang perlu dilalui, isteri dan anakku dipindahkan ke wad dari dewan bersalin tepat jam 9 malam...Jadi berbukalah aku di tepi ruang menunggu...berbuka pun dgn roti dan air mineral je...walaupun makan skit je tp perot rasa kenyang sgt sbb xsabar nk tgk Luqman. Lupa plak nk bg tau, masa isteriku dalam proses melahirkan Luqman nie, aku ada disebelah isteriku utk memberikan kata2 semangat pada dia. Bila dh tgk 'live' proses kelahiran nie, hati mula rasa tersentuh dgn pengorbanan mak aku masa melahirkan aku 30 tahun yang lepas. Masa tue aku dilahirkan di rumah tokwan aku di Felda Ijok..Xde alat2 canggih masa tue. Jadi rasa terharu dan bertambah sayang pada mak dan mak mertua...hehehe...Jadi pesananku hargailah mak2 korang..Jika dh tiada, sedekahkan la doa dan al-Fatihah agar ditempatkan dengan org2 yang beriman. Amin..


Mohamad Shazmin Bin Zulkiply
Kredit harus juga diberikan kepada adik bongsuku..Mat Min nie punya 'excited' nk tunggu anak saudara dilahirkan sampai tertido-tido (nasib baik x meleleh air liur tue). Terima kasih adikku yang sudi menemani abg long mu ini. Amaran telah diberikan oleh beliau. Kalo ada sape-sape yang cuba ganggu anak2 sedara dia, siap lah org tue...Mat Min nie ahli taekwondo tali pinggan merah calit hitam. Nampak besar macam tue. Tp sekali penampar je, confirm pengsan la org yg ditampar tue...hehe..Tak lupa juga pada mak mertuaku yang setia menanti di sisiku..Menanti kelahiran cucu yang ketiga...hehehe


Yang bertudung tue lah mak aku....yg hujung berbaju merah tue mak mertua aku...dua2 sama cantik oooo....hehehe....Mak aku tgh dukung Luqman...Masa tue dia, abah dan annur (anak sedaraku) datang ke Ipoh nk melawat Luqman dan isteriku...

Kesian kat Luqman masa nie....Masa nie dia kena kuning....Hari2 kena cucuk amik darah untuk test tahap kekuningan..Aku pun penat jugak masa tue...Luqman kena test kuning kat klinik kesihatan kg. simee (kdg2 kena p Hospital Ipoh buat pemeriksaan)..Isteriku kena buat pemeriksaan rutin kt klinik kesihatan tanjung rambutan..Mmg terkejar-kejar la...Dah la dalam bulan puasa...Panas plak tue..Rasa nk pitam pun ada..Mmg menguji kesabaran dan ketabahan...Tp demi isteri dan anak tersayang, aku redha..Yang penting diorg berdua sehat walafiat..Tue pun dh cukup utk aku..






Gambar2 nie diambil masa di dalam perjalanan utk ke klinik buat test kuning..Masa nie kejenya tido je..Bunyi bising kt sebelah telinga pun dia tetap dengan tidonya...Terasa syiok je bila tgk Luqman nie tido..Rasa mcm nk tido jugak..Hehehehe...



Luqman selepas rambutnya dicukur

Genap 15 hari, aku apa lagi..Memulakan misi membotakkan kepala Luqman...Atau dalam kata lain, bercukur rambut..Xde buat majlis besar2 pun...sbb dalam bulan puasa..Cuma aku dan family mertuaku buat bihun goreng skit then hantar ke masjid utk disedekahkan bagi berbuka puasa utk para jemaah..Okey..Gambar2 di bawah adalah antara gaya2 Luqman masa dia tido...Macam2 gaya dia buat...Ntah ikut perangai sape..Nk ckp perangai aku, rasanya xde la buas sgt aku tido...kalo ikut mama dia, hmmmm ntah la...hehehe...So, moh kita tgk sama2 gaya2 Luqman tido..

Nie gaya mcm nk buat public speaking...

Ha...nie gaya apa plak nie...ada mcm gaya org nk menari x?

Syioknya dia tido

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Mcm nk bersilat je....tunggu besar skit...nnt papa ajar bersilat ye syg...

Bahagianya diriku ini...hehehe...

Berfikir!! jgn pikir nk kenakan papa dan mama tau..

Amannya tgk dia tido...

Errrrrr.......no komen...

Nie gaya renang tanpa bebas ke?

hehehehe.....

amboi.....syioknya tido..

errr.....sorok tepon mama ek...

Hmmmmmm......

Baba chak...baba chak...

Bertakafur....
Ha..itulah antara gaya2 si Luqman nie tido...Comei je tgk cara dia tido...rasa nk gigit je pipi tue....

Luqman dan Annur
Nie gambar Luqman dan Annur...Annur nie anak sedara aku yg paling aku sayang...dia nie anak adik aku...dan dia pun dh mcm anak aku sendiri..almaklumlah, mak aku bela dia sejak dari kecil...bila balik keje je, mesti tanya aku "Along, nape Luqman x balik sini?"..adoyai..sayu je nk jawab...dia xde kawan kt umah opah dia nie...tue yg selalu tanya pasal Luqman...bila Luqman balik ke umah mak aku, mmg dia lah org paling gembira...Lepas nie aku nk kongsi gambar2 gaya Luqman berpakaian...Moh kita sama2 saksikan....
Nie baju corak lembu yang ibu angkat dia belikan...


Nie baju raya Luqman...hehehe...
Itulah antara gaya2 Luqman berpakaian...byk lagi gambar2 dia...tp jenuh plak korang nk tgk nnt...xpe..nnt aku akan kongsikan jugak di lain masa.....Gambar2 yang dibawah nie adalah gambar2 terkini Luqman...Gambar dia masa berusia 2-3 bulan....









Itulah antara mke2 comei Shafizul Luqman Waqiuddin...hehehe....aku pun dh xreti nk karang ayat apa lg dh...So, setakat nie aje la aku kongsi kegembiraan aku dan isteriku di atas kelahiran cahaya mata kami yg comei nie...Lain kali aku share citer lain plak pasal Luqman nie...
Sayang mama dan Luqman sangat2....
Wasalam..