Albumku

Albumku

Jumaat, 28 Disember 2012

Talam Dua Muka dan Batu Api

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan2 ku yang dikasihi...

Ada satu cerita yang hendak aku kongsikan dengan korang semua. Kisah ini adalah kesinambungan dari entry blog bertajuk Manusia Talam Bermuka-muka yang pernah aku siarkan sebelum ini. Kisah nie hanyalah kisah dari pengalaman-pengalaman yang aku dan kwn baik aku serta beberapa kwn aku lalui yang boleh dijadikan pedoman di antara kita semua terutamanya kita yang masih muda.

Hari nie aku nk berkongsi tentang dua sikap manusia yang telah aku jumpa dan terkena dengan sikap diorg nie. Aku klasifikasikan orang-orang sebegini seperti TALAM DUA MUKA dan BATU API. Kisah dua sikap berdasarkan penilaian aku sendiri. Bagaimana korang semua nk menilai dua sikap ini dari penceritaan aku, terpulang pada korang sebab setiap orang ada pendapat tersendiri bagaimana nk klasifikasikan orang lain berdasarkan sikap yang ditunjukkan. Dalam hidup ini, ada dua bahagian sikap (pada pandangan aku la). Yang pertama adalah sikap-sikap yang baik. Yang keduanya adalah sikap-sikap buruk yang kita sendiri tidak suka. Aku pun sendiri ada sikap-sikap yang baik dan buruk tapi hari demi hari aku akan membetulkan dan mengubah sikap-sikap buruk aku kepada yang lebih baik.

Aku bermula dengan manusia yang bersikap talam dua muka yang aku dh jumpa. Korang mesti tau antara simptom-simptom manusia yang talam dua muka. Pada aku, ada simptom-simptom yang aku dh kenal pasti pada manusia ini. Apa dia? Jom kita tgk list di bawah ini:
1. Berpura-pura baik
2. Depan cakap baik, belakang Allah aje yang tau.
3. Berlagak seperti orang yang tidak bersalah dan tidak tahu apa2.
4. Sentiasa mengaku dirinya bersederhana dan ringkas.
5. Matanya meliar memerhati
6. Agak pendiam
7. Berlagak tidak mengambil tahu pasal orang lain tp berjaga-jagalah..
8. Sentiasa buat muka sedih dan kesian dengan harapan mahu menagih simpati org lain.
9. Sentiasa bercakap tidak tahu tp dialah manusia yang suka mengambil tahu (dalam diam)
10. Suka meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain.

Ada banyak lagi sikap-sikap manusia nie mengikut klasifikasi aku tp xtau mcm mana nk diolahkan. Tp tak pe..Kita amik yang penting saja dulu. Cuba korang bayangkan kalo korang hidup atau bekerja dengan orang mcm nie. Mmg susah nk nampak sikap manusia jenis ini talam bermuka-muka.

Skang aku kongsikan plak manusia yang bersikap batu api pada pandangan aku la yang boleh korang tgk disenarai bawah nie:
1. Pertama kali berjumpa terus bercerita tentang keburukan orang lain.
2. Sentiasa merancang mahu jatuhkan orang lain.
3. Semua orang salah dimatanya dan menganggap diri dia je betul.
4. Dok bercerita tentang pengalaman 'hebat' dia ditempat-tempat keje lain.
5. Manusia jenis ini akan bercakap dia dulu adalah orang yang penting dalam syarikat sblm nie (hmmmm....confius!)
6. Menganggap diri dia je yang hebat. (Hebat???)
7. Melaga-lagakan orang lain dengan orang-orang yang dia xsuka.
8. Setiap hari akan ada cerita-cerita buruk berkenaan dengan orang lain.
9. Dimulut manusia ini xpernah nk cerita kebaikan orang lain tp keburukan orang lain menjadi 'lauk' topik bersembang. (nie dikira tazkirah atau ucapan pg utk manusia jenis ini)
10. Suka menasihati orang lain tetapi 200% ke arah keburukan.

Agak menakutkan kalo berjumpa dengan orang yang mcm nie lagi. Tambahan plak kalo berjumpa yang berpasangan. Sorang talam dua muka..Sorang batu api. Kalo bergandingan berdua, errr xtau nk cakap tp aku dh jumpa.

Nasihat aku agar korang lebih berhati-hati dengan orang yang mcm nie. Kalo korang rasa tindakan korang betul, korang teruskan. Sebab manusia jenis2 ini sentiasa mempunyai hasad dengki tahap SUPER MELAMPAU. Dan berhati-hati la sebab mereka ini suka menggunakan agama dan berlagak alim sebab menutup sikap buruk diorang.

Aku nie bukanlah hebat sangat nk menasihati org tetapi sekadar nk berkongsi pengalaman aku, kwn baik aku dan rakan-rakanku yang telah kami lalui berhadapan dengan orang yang mcm nie. Pastu aku nk syer skit  pepatah yang aku reka sendiri. TUA TIDAK SEMESTINYA BERAKAL DAN MATANG DAN MUDA BELUM TENTU LAGI BODOH DAN KEBUDAK-BUDAKAN. Yang tua tunjukkanlah sikap yang baik kepada yang muda supaya boleh dicontohi.  Moh sama2 kita renung2kan...

Berjumpa lagi di next entry..Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan