Albumku

Albumku

Selasa, 6 November 2012

Tempat Percutian Kegemaranku

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan...



Hari nie aku nk kongsi tempat percutian yang selalu aku lawati. Boleh dikatakan setiap kali aku pergi bercuti di tempat nie, tak pernah rasa jemu hinggap di hati. Pasti rindu untuk datang ke tempat nie lagi walaupun dh banyak kali pergi. Tempat yang aku maksudkan adalah Cameron Highland di Pahang Darul Makmur dan bersempadan dengan Perak Darul Ridzuan. Mesti ramai yang dah pegi ke tempat nie. Memang best tempat nie. Tempatnya sejuk. Kaya dengan flora. Pelbagai spesis bunga dan tumbuhan boleh didapati di sini. Bunga-bunga yang sukar didapati di tanah pamah boleh dilihat di kawasan tanah tinggi ini.






SEJARAH CAMERON HIGHLANDS
Cameron Highlands dinamakan selepas Mr. William Cameron, seorang Juruukur British, tetapi ia sebenarnya diasaskan oleh Pahlawan Melayu yang bernama Kulop Riau yang gambarnya boleh dilihat di Muzium Perak, Taiping. Beliau diiringi oleh Mr. Cameron pada kebanyakan ini bergerak dalam hutan antara Perak dan Pahang. Mr. Cameron melakukan penerokaan besar Cameron Highlands sekitar abad ke-19. Sumber nie aku dapat dari internet.
Menurut sumber dari internet juga, Cameron Highlands dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Tanah Rata, Brinchang dan Ringlet yang berasal dari perkataan Ringgiriok iaitu perkataan orang asli merujuk kepada spesies pokok yang terkenal bagi Orang Asli Semai di Tanah Selatan.Namun demikian Tanah Rata adalah bandar utama di Cameron Highlands dan pusat tarikan utama di sana.

Peta Lokasi Cameron Highlands

Jenis kenderaan yang biasa dilihat di Cameron Highlands. Kenderaan jenis ini menjadi medium pengangkutan utama di Cameron Highlands.













TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS :-

Kalau nk pergi ke Cameron Highlands memang takkan sah kalau tidak singgah di Ladang Teh. Lagi pun  Cameron Highlands nie mmg terkenal dengan ladang teh. Korang semua boleh melawat ke Boh Teh Plantation, Sungai Palas Tea Plantation dan Cameron Valley Tea Plantation. Ada lagi ladang-ladang teh yang korang boleh melawat.

Selain tue, korang juga boleh melawat ke Ladang Strawberry dan makan buah strawberry yang korang petik sendiri dari pokok. Korang boleh rasa kesegaran dan kemanisan buah yang juga menjadi tarikan utama pelancong ke Cameron Highlands. Mana kita boleh dapat buah strawberry yang segar di tanah pamah.

Selain melawat Ladang Teh dan Ladang Strawberry, korang juga boleh tengok banyaknya Ladang Sayur. Sayurnya mmg xpayah nk explain lebih-lebih la. Memang segar. Tapi aku nie bukan pemakan sayur tegar. Jadi aku xtau betapa segar dan manisnya sayur-sayur dari Cameron Highlands. Aku cuma dengar apa yang orang cakap la. Mak dan mak mertuaku mmg suka pergi ke sini sebabnya dapat beli sayur segar dalam kuantiti yang banyak dan memborong bunga-bunga secara serius. Tapi bila sampai kat umah, ntah apa jadi kt bunga-bunga tue. Hehehehe.....

Selain tue juga, korang boleh melawat Time Tunnel Galery (The Local Museum). Menurut sumber internet, muzium nie memaparkan gambar-gambar lama Cameron Highlands. Aku xberani nk sahkan maklumat nie sbb aku pun xpernah pergi. Hehehe. Pasni aku nk pergi ke muzium tue. Barulah syok nk kongsi dengan korang semua. Sori ye. Hehehehe. 

Tempat menarik lain yang korang boleh pegi macam Taman Ros dan Taman Rama-rama. Yang nie aku mmg dh pergi. Mmg syok tempat nie. Aku pergi dengan tunang aku dulu (skang dah jadi bini daaaa). Rancangnya nk pergi honeymoon kt sini tp xsempat sbb bini aku dh disahkan mengandung. So, tunggu Luqman besar skit, aku nk pergi ke sana lagi. Lagi satu aku sarankan korang pergi hari weekend. Sebabnya ada pasar malam. Macam2 ada dijual kt pasar malam tue. Makanan usah dicakaplah. Cenderahati pun banyak dijual. Boleh dibeli sebagai kenang-kenangan untuk orang tersayang.

Selain korang melawat segala bagai ladang yang ada kt Cameron Highlands tue, korang juga boleh buat aktiviti-aktiviti lain seperti Jungle Tracking, Camping, dan Hiking. Memang syok la sbb byk benda boleh dibuat sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Di sini nie aku kongsikan sedikit gambar-gambar pemandangan berkenaan Cameron Highlands. Pasti korang akan tertarik dan terpesona untuk ke sana lagi. Hehehehe.

Tempat penginapan korang semua xpayah nk bimbang sbb kt sana byk hotel korang boleh check-in. Yang mahal pun ada. Yang murah pun ada. Macam2 ada..hehehe..





Kalo nk disenaraikan hotel2 yang ada kt Cameron Highland, mmg jenuh la aku nk menaip. Dah la nama pun pelik. Apa2 pun korang bleh tgk dlm internet. Banyak maklumat pasal penginapan di Cameron Highlands. Okey la..InsyaAllah pasni aku akan kongsikan kenangan-kenangan sblm nie masa aku ke Cameron Highlands bersama isteri dan kawan-kawanku. Tak banyak tempat yang aku explore lagi. Moh la kongsi2 dengan aku. Bleh kongsi tempat2 lain yang menarik jugak sbb aku nie kaki melancong terutamanya tempat yang ada pemandangan yang cantik. Okey la...kita jumpa lagi di lain masa. Wasalam.

p/s : maklumat pasal Cameron Highlands yang aku tulis nie x la bape lengkap. Aku tulis mengikut pemahaman dan pengalaman aku je. Kalo ada maklumat yang silap, aku minta maaf awal2..hehehe...bye..

Sayang mama dan luqman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan