Albumku

Albumku

Jumaat, 28 Disember 2012

Renungan di Petang Jumaat Terakhir Tahun 2012

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Sekadar renungan kita bersama







Papa sayang mama dan Luqman

TONG KOSONG YANG KELAM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua rakan-rakanku...

Korang pernah tengok tong kosong mcm nie x? Mesti pernah la kan. Banyak terdapat di bumi Malaysia tercinta nie. Dan ramai juga manusia yang lebih kurang perangainya macam nie seperti tong hitam yang kosong. Orang macam nie memang la tidak boleh pakai. Boleh merosakkan bangsa dan agama. Kalo diajak join business, confirm 300% yang business tue akan lingkup. Aku ada kenal dan jumpa orang yang macam nie. Lagaknya seperti orang yang pandai dalam segalanya. Tapi sebenarnya kosong. Bunyi kuat tapi xde apa-apa pun di dalamnya. Yang paling kelakarnya tanya soalan kat aku yang budak tadika pun tau. Ada sekali aku buat-buat xtahu jawapan pada soalan yang ditanya dan aku tanya balik tp dia boleh jawab dia pun xtahu. Hmmm.. Macam mana nk jadi pemimpin. Cakap berapi. Cakap hebat tapi kosong. Asalnya nk juga berguru dengan orang mcm nie tapi terpaksa dibatalkan hasrat tue. 
Banyak kisah pasal manusia nie. Dia pernah memburukkan nama anak sendiri sebab nk cover kawan baik dia sejak dia sekolah dulu. Apa punya jenis bapak la mcm nie. Pastu menyebarkan benda2 yang xbetul kepada orang lain. Yang paling best bila dia suka petik je nama orang sbb xnk apa2 kesalahan diletakkan atas bahu dia. Yang paling syiok dan tragik dalam hidup dia nie sanggup dia dok menipu kawan baik dia sendiri demi kepentingan diri sendiri. Kawan baik dia xtau yang dia dipersendakan oleh manusia nie. Pastu kawan baik dia nie punya la baik sanggup dok ikut je apa yang manusia nie berkata-kata then cakap orang lain yang macam tin kosong dan sanggup jadi balaci orang sedangkan dia xtau yang manusia nie dok memburuk-burukkan dia. Kesian aku tengok kawan baik dia tue. Kawan baik dia xtau yang kenyataan dia sebelum nie dicetak (print) oleh orang lain dan bukannya aku. Aku pun nk berterima kasih jugak kt seseorang nie sbb print kenyataan dia. Kalo x, sampai sudah kami semua xtau.
Jadi nasihat aku, dalam berurusan dengan setiap orang kenalah berhati-hati. Aku pun nak menasihati diri aku supaya agar berhati-hati di dalam berurusan dengan setiap orang yang aku jumpa dan kenal. Harap kita semua hidup dalam aman dan tenteram. Okey la...xnk cakap banyak. Nanti aku sama seperti tong kosong ni plak. Minta jauh la dari perangai macam nie. Minta maaflah ada tullisan aku kt sini yang xmenyenangkan hati korang. Cuma luahan hati ke blog..Hehehe..Apa2 pun harap di Tahun 2013 nie hidup kita makin diberkati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya. Peace no war.

"TUA TIDAK SEMESTINYA BIJAK DAN MATANG, MUDA TIDAK SEMESTINYA BODOH DAN KEBUDAK-BUDAKKAN"

moh kite renung bersama wei!


Papa sayang mama dan Luqman

Talam Dua Muka dan Batu Api

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan2 ku yang dikasihi...

Ada satu cerita yang hendak aku kongsikan dengan korang semua. Kisah ini adalah kesinambungan dari entry blog bertajuk Manusia Talam Bermuka-muka yang pernah aku siarkan sebelum ini. Kisah nie hanyalah kisah dari pengalaman-pengalaman yang aku dan kwn baik aku serta beberapa kwn aku lalui yang boleh dijadikan pedoman di antara kita semua terutamanya kita yang masih muda.

Hari nie aku nk berkongsi tentang dua sikap manusia yang telah aku jumpa dan terkena dengan sikap diorg nie. Aku klasifikasikan orang-orang sebegini seperti TALAM DUA MUKA dan BATU API. Kisah dua sikap berdasarkan penilaian aku sendiri. Bagaimana korang semua nk menilai dua sikap ini dari penceritaan aku, terpulang pada korang sebab setiap orang ada pendapat tersendiri bagaimana nk klasifikasikan orang lain berdasarkan sikap yang ditunjukkan. Dalam hidup ini, ada dua bahagian sikap (pada pandangan aku la). Yang pertama adalah sikap-sikap yang baik. Yang keduanya adalah sikap-sikap buruk yang kita sendiri tidak suka. Aku pun sendiri ada sikap-sikap yang baik dan buruk tapi hari demi hari aku akan membetulkan dan mengubah sikap-sikap buruk aku kepada yang lebih baik.

Aku bermula dengan manusia yang bersikap talam dua muka yang aku dh jumpa. Korang mesti tau antara simptom-simptom manusia yang talam dua muka. Pada aku, ada simptom-simptom yang aku dh kenal pasti pada manusia ini. Apa dia? Jom kita tgk list di bawah ini:
1. Berpura-pura baik
2. Depan cakap baik, belakang Allah aje yang tau.
3. Berlagak seperti orang yang tidak bersalah dan tidak tahu apa2.
4. Sentiasa mengaku dirinya bersederhana dan ringkas.
5. Matanya meliar memerhati
6. Agak pendiam
7. Berlagak tidak mengambil tahu pasal orang lain tp berjaga-jagalah..
8. Sentiasa buat muka sedih dan kesian dengan harapan mahu menagih simpati org lain.
9. Sentiasa bercakap tidak tahu tp dialah manusia yang suka mengambil tahu (dalam diam)
10. Suka meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain.

Ada banyak lagi sikap-sikap manusia nie mengikut klasifikasi aku tp xtau mcm mana nk diolahkan. Tp tak pe..Kita amik yang penting saja dulu. Cuba korang bayangkan kalo korang hidup atau bekerja dengan orang mcm nie. Mmg susah nk nampak sikap manusia jenis ini talam bermuka-muka.

Skang aku kongsikan plak manusia yang bersikap batu api pada pandangan aku la yang boleh korang tgk disenarai bawah nie:
1. Pertama kali berjumpa terus bercerita tentang keburukan orang lain.
2. Sentiasa merancang mahu jatuhkan orang lain.
3. Semua orang salah dimatanya dan menganggap diri dia je betul.
4. Dok bercerita tentang pengalaman 'hebat' dia ditempat-tempat keje lain.
5. Manusia jenis ini akan bercakap dia dulu adalah orang yang penting dalam syarikat sblm nie (hmmmm....confius!)
6. Menganggap diri dia je yang hebat. (Hebat???)
7. Melaga-lagakan orang lain dengan orang-orang yang dia xsuka.
8. Setiap hari akan ada cerita-cerita buruk berkenaan dengan orang lain.
9. Dimulut manusia ini xpernah nk cerita kebaikan orang lain tp keburukan orang lain menjadi 'lauk' topik bersembang. (nie dikira tazkirah atau ucapan pg utk manusia jenis ini)
10. Suka menasihati orang lain tetapi 200% ke arah keburukan.

Agak menakutkan kalo berjumpa dengan orang yang mcm nie lagi. Tambahan plak kalo berjumpa yang berpasangan. Sorang talam dua muka..Sorang batu api. Kalo bergandingan berdua, errr xtau nk cakap tp aku dh jumpa.

Nasihat aku agar korang lebih berhati-hati dengan orang yang mcm nie. Kalo korang rasa tindakan korang betul, korang teruskan. Sebab manusia jenis2 ini sentiasa mempunyai hasad dengki tahap SUPER MELAMPAU. Dan berhati-hati la sebab mereka ini suka menggunakan agama dan berlagak alim sebab menutup sikap buruk diorang.

Aku nie bukanlah hebat sangat nk menasihati org tetapi sekadar nk berkongsi pengalaman aku, kwn baik aku dan rakan-rakanku yang telah kami lalui berhadapan dengan orang yang mcm nie. Pastu aku nk syer skit  pepatah yang aku reka sendiri. TUA TIDAK SEMESTINYA BERAKAL DAN MATANG DAN MUDA BELUM TENTU LAGI BODOH DAN KEBUDAK-BUDAKAN. Yang tua tunjukkanlah sikap yang baik kepada yang muda supaya boleh dicontohi.  Moh sama2 kita renung2kan...

Berjumpa lagi di next entry..Wassalam


Rabu, 26 Disember 2012

Telatah Luqman Semasa Perlawanan Akhir Ke-2 Antara Thailand vs Singapore..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua rakan2...

Entry kali nie, aku nk kongsi skit video Luqman menonton perlawanan akhir kedua antara Thailand dan Singapura..Harap maaf la sbb video kurang memuaskan. Maklumlah, rakam guna phone murah je. Okey la...moh kita tgk gelagat Luqman tgk game bola tempoh hari...



Okey...bye...
Wassalam..


Papa sayang mama dengan Luqman...

Selasa, 11 Disember 2012

Telatah Luqman Dihari Perlawanan Separuh Akhir Pertama Malaysia vs Thailand

Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan....


Hari nie aku nk konsi skit telatah Luqman semasa hari Perlawanan Separuh Akhir Pertama Malaysia vs Thailand. Dikala orang lain sibuk ke stadium membeli tiket, membuat persiapan untuk ke stadium dan pelbagai lagi, aku dengan Luqman dok kt umah aje la dok layan upin dan ipin sama2. Maklumlah, nk pegi stadium mmg la amat jauhnya sbb kami ada di Ipoh. Perlawanan diadakan di Bukit Jalil. Tp mmg teringin nk pegi tgk game Malaysia secara langsung di stadium. Bleh rasa gamatnya sorakan penonton..Hehehehe...

Kisah bermula kami pergi ke Tesco Hyper Ipoh nk beli barang2 rumah sebelah pagi (sbbnya aku dh warning bini aku, nk beli apa2 cuma sblh siang je, malam aku sibuk)...hehehe...So bergerak la dari umah mertuaku di Taman Perpaduan ke Tesco untuk beli barang2 rumah. Sepanjang berada di Tesco, mujurlah si Luqman nie xbuat perangai. Tp macam2 telatah yang dibuat. Yela, Luqman pun dh besar..Dh cerdik skit nk buat telatah dia sendiri.. Matanya meliar dok tgk orang lalu lalang sebelah trolly dia. Pastu nampak yang cun skit, mula la nk senyum2...Hmmmm...So, aku kongsi skit gambar2 Luqman masa di Tesco pagi tue. Tak banyak pun gambar diambil...Hehehe...

Cenggini la cara dia memandang awek2 cun yg lalu  dpn mata dia...hmmmm...
Ha..nampak cara dia memandang...ish...ish....
   

"Akulah si comei tue"

Bantal busuknya akan dibawa ke mana2 sahaja....

Ha...itu telatah2 dia masa kt Tesco...ada lagi..tp ntah sbb apa xleh plak nk upload....Okey..skang aku kongsi gambar2 telatah semasa menonton perlawanan separuh akhir piala suzuki aff.. Aku dgn Luqman booking tiket depan tv..hehehe...Yang syioknya Luqman nie, bila nampak player tgh gelecek bola, mesti kaki dia pun akan digerakkan mcm nk berlari. Punyalah excited mcm dia paham je tgk game tue..Bila pasukan dapat jaringkan gol, dengan dia sekali menjerit sbb org lain pun menjerit jugak. Padahal umur tue baru 4 bulan lebih, tp cara tgk bola dh mcm budak besar. Hmmmm....So, aku kongsikan plak gambar2 telatah dia tgk bola..hehehe...moh wei...

Bersedia depan tv..hehehe..Bantal busuk tidak akan dilepaskan...

Ha....tue tgh geram tgk bola...ish..ish...

Muka xpuas hati sbb gol xdpt dijaringkan oleh Safee Sali...

Muka lega selepas Malaysia leading...hehehe...bantal busuk nyaris2 ditolak ke tepi...

Itulah reaksi2 Luqman pada hari tersebut. Tp apa2 pun walapupun Malaysia sekadar seri, corak permainan yang ditunjukkan memuaskan hati. Jangan berputus asa wahai Harimau Malaya. Malaysia Boleh! Luqman Boleh! hehehe...okey la...see you all for next entry...bye...wassalam..


Papa sayang mama dan Luqman..

Jumaat, 7 Disember 2012

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan semua..

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut