Albumku

Albumku

Rabu, 7 November 2012

Manusia Talam Bermuka-Muka

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai

Hari ini aku nk citer skit berkenaan pengalaman aku baru-baru nie. Selama 30 tahun aku hidup, bermacam-macam orang dh aku jumpa. Ada yang penipu, talam dua muka, iri hati, dengki, dan ada yang betul-betul baik. Tapi dalam semua nie, aku cuma nk citer pasal orang yang talam bermuka-muka. Bukan 2 muka lagi dh. Tapi dh banyak muka.

Memang x disangka bahawa ada sorang kenalan aku nie mmg talam bermuka-muka. Asalnya dia bukanlah mcm nie. Tp ntah syaitan mana yg hasutnya jadi mcm nie. Di depan kita cakap lain. Cakap baik betol bak kata orang-orang tua pijak semut pun x mati. Tapi kat belakang kita, syaitan pun lebih baik dari dia. Hmmmmmm....mmg susah nk dikata tahap kejahatan beliau.

Apa yang lebih menarik cerita nie, manusia tersebut telah menyatakan bahawa dia 'dianak tirikan'.  Umpama tidak diperlukan. Aduan dibuat. Semua dipanggil. Isunya kenapa kerjasama tidak diberikan kepadanya. Hmmmm...okey, kalo itu yang dia nak, xpela..kita bleh bagi kerjasama. Cuma kenapa sblm nie bila kita minta pandangan dan pertolongan, jawapannya dia xmampu nk bg sebarang idea sbb masalah-masalah tertentu. Skang ko claim yang semua xberikan kerjasama pada ko. 

Untuk tidak memanjangkan isu, kita bagi SEDIKIT kerja. Dan dari sinilah kemuncaknya tiba. Dikatankan olehnya kepada orang lain bahawa kita nie xnak buat keje plak. Adoyaiiiiiii... Nape nie? Dah serabut dh kepala aku. Wahai manusia berkenaan, ko tue tgh sakit. Bawak-bawaklah berbaik dengan orang lain. Buatnya hayat kita setakat hari nie, dh xsempat nk minta maaf kt orang lain terutamanya kt orang yg ko aniaya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita dicatat. Xtakut neraka ke?

Mungkin dia dh banyak sangat pahala sampai tak tertanggung olehnya sbb tue dia nk sedekah pahala dia kt org lain kot. Hmmmm. Macam mana tue. Kemudian dok cakap org tue penipu. Awat??? Hang tue mcm mana? Baik sangatkah? Tikam orang dari belakang baik sangat ka?? Jadi CCTV buruk tue baik sangat ka?? Cermin diri sebelum berkata-kata. Nk cakap aku nie baik sangat xde la. Ada juga nakalnya. Ada jugak jahatnya. Tapi aku buat jahat, aku tak libatkan orang lain. Aku buat sorang-sorang.

Tapi tue la. Susah nk cakp dengan orang yg mcm nie. Harap2 berubah la. Pada kawan2 semua, berjaga-jagalah dengan orang yang macam nie. Memang x boleh dibuat kawan. Umpama lepaskan anjing tersepit, bila terlepas kita balik kena gigit. Pada manusia tersebut, udah2 la berperangai macam bebudak. Awak tue dh sepatutnya bercucu. Tp kite semua beringatlah. Hukum Allah tidak mengira tua atau muda. Ntah2 luahan aku diblog nie akan disampaikan pada orang berkenaan. Kalo sampai jugak, aku tau la sape yang bercakap.

Apa2 pun selamat beramal dan senyum sokmo.

Sayang mama dan luqman sangat2...

2 ulasan:

  1. sabar la ye...hidup ni mcm roda...bia la kat dia....tapi ingat satu je....kita jgn buat kat orang lain tau....

    BalasPadam