Albumku

Albumku

Khamis, 22 November 2012

UPSR : Antara Kualiti atau Kuantiti

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat2....


Baru-baru ini pada 19hb November 2012, telah diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Alhamdulillah, ramai juga yang mendapat 5A termasuk la adik iparku Fatin Najwa Bt Mohd Nazri. Tahniah Wawa. Kalau tidak salah seramai 45,054 calon mendapat semua A. 

Sumber Harian Metro (20hb November 2012, m/s 12)
Menurut analisis yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, terdapat sedikit dari penurunan jumlah calon yang mendapat semua A. Pada aku, aku tak la kisah sangat berkenaan turun naik jumlah lulus tue. Apa yang aku titik beratkan sekarang ini, adakah calon-calon yang mendapat semua A tue benar-benar berkualiti? Adakah anak-anak atau adik-adik kita ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis?

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan aku nie. Akan ada yang mengatakan bahawa budak-budak nie masih sekolah rendah lagi. Budak lagi pun. Pada aku salah la kalau kita pikirkan macam tue. Bak kata orang-orang tua, Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Takkan la nk menunggu dh masuk universiti baru nk dibentuk pemikiran kreatif dan kritis.

Minta maaflah kepada cikgu2 ye. Mungkin saya tidak tahu apa dibuat oleh guru2 kita yang gigih berusaha melahirkan pemimpin-pemimpin dan masyarakat akan datang. Tapi apa yang aku tengok, bebudak nie macam lebih kepada menghafal fakta-fakta yang diberikan oleh guru-guru. Balik umah je, mengadap buku latihan yang dibeli dikedai buku yang mana soalan2 tue dh keluar sebelum nie.

Yang aku nampak bebudak nie macam hanya tahu 2 x 3 = 6 dan 3 x 2 = 6. Andailah soalan tue diberikan sebegini _ x 3 = 6. Mungkin ramai yang ternganga nk menjawabnya. Bila dihantar ke kelas tambahan, soalan2 spot akan diberi. Tiada inisiatif untuk buat sesuatu strategi yang berkesan. Kita harus ingat, kita mahu persiapkan pelajar yang berkualiti di dalam diri mereka tp bukan berkualiti di atas kertas je. Tp tue la, hanya guru-guru yang boleh menjawabnya. Bak kata aku td, aku nie bukan cikgu nk menilai semua nie. Namun aku menilai apa yang berlaku di hadapan mata aku. Aku pernah bekerja di sebuah kolej. Aku pernah menemuduga calon pekerja. Dari situ aku menilai.

Zaman aku dulu, kalo nk dgr ada pelajar mendapat semua A, mmg cukup ssh. Kalo kita dgr pun, pelajar2 yang mendapat semua A, dtgnya dari sekolah berasrama penuh dan sekolah elit. Kalo ada pun cuma 1-2 orang sahaja. Itu pun dh cukup mengembirakan seluruh warga sekolah kerana ada pelajar yang mendapat semua A walaupun ianya sebuah sekolah dari luar bandar. Tp walaupun hanya 1-2 org sahaja yg mendapat semua A dan yang lain mendapat pelbagai gred tp pelajar yang dihasilkan lebih berkualiti. Tue zaman aku iaitu pada sekitar 90an.

Berbalik kepada penilaian aku td. Aku pernah bekerja dengan sebuah kolej swasta (aku xnk mention nama kolej tue). Aku bertanggungjawab di dalam membuat pemilihan pelajar untuk kemasukkan ke kolej. Pernah aku buat temuduga bebudak yang masuk kolej nie. Ada beberapa pelajar yang agak baik keputusannya. Bebudak nie hanya tahu study je. Kokurikulum pun x aktif sgt. Kalo ada pun sbb atas paksaan. Ditanya kenapa tidak memohon ke IPTA. Jawapannya dh buat permohonan tp tidak berjaya (tue yg nk daftar ke kolej swasta tue). Okey la. Mungkin penempatan dh penuh kot. Aku boleh terima la alasan diorg. Then aku tanya beberapa soalan untuk menguji sejauh mana IQ bebudak nie. Hmmm...Mmg tidak masuk akal jawapan yang diorang beri. Mula la aku terfikir, apa yang bebudak nie blajar sebenarnya kt sekolah. Soalan2 senang pun xboleh nk jawab. Hmmm..Mcm mana nk masuk ke peringkat seterusnya. Nie belum tanya lagi bebudak yang lebih rendah keputusan deme. Lagi hancur rasa aku.

Tue bebudak yang baru nk masuk peringkat pendidikan yang seterusnya. Nie plak citer pengalaman aku semasa aku menemuduga bebudak yang nk masuk keje. Keputusan di kolej atau universiti cukup la bagus. Rata2 mendapat CGPA 3.0 ke atas. Pun sama jugak, bila aku bagi suatu situasi yang hendakan bebudak berfikir mcm mana nk selesaikan, bleh plak tanya aku mcm mana nk buat. Aku ckp la korang buat la seperti mana yg korg belajar dulu. Nk tau apa jawapan deme. KAMI TAK PERNAH PUN BELAJAR PASAL NIE. Pada hal aku tanya soalan yang mempunyai hubung kait dengan kelulusan dan kelayakkan korang. Aku dh tgk transkrip korang sbb tue aku berani tanya. Nampak tak kesannya kalo bebudak nie tidak dididik menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis. Pastu bagi la alasan bahawa sijil korang tidak laku. Jangan salahkan sijil. Sijil tue tak bersalah pun. Yang tak laku adalah diri korang sendiri. Yang tak laku adalah ketrampilan korang sendiri. Yang tak laku adalah bagaimana korang berpikir. Sijil hanyalah sekeping kertas yang menunjukkan korang pernah belajar di universiti itu ini. Sijil hanyalah sekeping kertas yang memberitahu kepada majikan apa yang korang pernah belajar sebelum ini. Sijil hanyalah sekeping kertas yang menunjukan kelayakan dan kelulusan korang.

Itulah penilaian aku, mengapa aku ckp bebudak skang sudah tidak berkualiti. Jangan kita bangga dengan pencapaian beribu-ribu pelajar kita mendapat semua A di dalam semua jenis peperiksaan yang mereka duduki samada UPSR, PMR, SPM/SPMV, STPM/STAM. Kalo ramai dapat semua A sekalipun tapi tidak berkualiti dari segi pemikiran, tiada gunanya jugak. Belajarlah bagaimana untuk berfikiran secara kreatif dan kritis. Dan aku dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa di sekolah memang selalu diwar-warkan bahawa pelajar harus berfikiran kreatif dan kritis. Kalau betol kenapa situasi di atas boleh berlaku. Mungkin ada yang membaca blog aku nie setuju dengan tulisan aku nie. Tidak kurang juga yang tidak suka. Aku hanya bercakap benda yang aku dh lalui selama nie. Bagaimana kita nk mencapai negara maju sedangkan pemikiran kita masih ditakuk lama.

Okey la. Masing2 ada otak untuk berfikir. Masing2 ada akal untuk menilai. Masing2 ada pendapat yang berlainan. Rambut sama hitam tp hati lain2. Marilah kita sama2 renung-renungkan. ADAKAH KITA MENGEJAR KUALITI ATAU KUANTITI?

Renung-renungkan dan senyum sokmo
Sekian. Wassalam.



Papa sayang mama dengan Luqman.

1 ulasan:

  1. Well, negara mengejar kualiti sbb nak menuju ke arah negara berwawasan, tapi sekolah mengejar kuantiti... Apa2 pun...kepandaian menilik buku bukan ukuran kepandaian akal fikiran bagi melahirkan masyarakat yang lebih kritis dan kreatif...wahh...bukan pandai dari maklumat buku je, tapi maklumat langsung dari perjalanan kehidupan sehari-hari juga satu ilmu...

    BalasPadam