Albumku

Albumku

Rabu, 2 Januari 2013

Zaman Persekolahanku

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakanku...

Hari nie dan 2 Januari 2013 bermulah perjalanan hidupku yang penuh pancaroba nie. Hehehe.. Anak pun dh makin membesar. Usia perkahwinanku juga semakin bertambah. Pagi tadi aku ke tempat kerja dari Ipoh. Sepanjang perjalanan ke opiz isteriku di Fair Park, Ipoh dan opiz ku di Kamunting, aku tengok banyaknya kereta di sekolah-sekolah. Yang paling ketara adalah di sekolah rendah. Yela...nie mesti mak bapak yang menghantar anak-anak mereka yang baru memulakan persekolahan di Darjah 1. Tak kurangnya jugak di sekolah-sekolah menengah. Banyak kereta yang aku nampak sedang mem'parking'kan diri mereka ditepi jalan walaupun jam pada masa tue dh pun jam 9.00 pagi. Hmmmm...xkan la mak bapak kena temankan anak-anak yang baru mulakan Tingkatan 1. Takpe la..bersangka baik. Mungkin nk p bayar yuran sekolah kot.

Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Ingatan aku nie dok samar2 la...bermula alam sekolah di tadika area kuala lumpur. (dh lupa nama tadika tue) . Masa tue hari pertama di tadika aku dh buat abah aku gelabah. Punya la syiok nk berkawan, aku pun ikut kawan-kawan aku naik bas sedangkan aku pergi balik ke tadika dengan menggunakan motor honda cup 70 yang dipandu oleh abah aku. Tapi terlupa yang aku nie dh ada driver, aku p jugak naik bas. Penyudahnya bila kawan2 sume dh turun bas, aku plak xturun lagi dari bas. Bila pemandu bas tanya "adik duduk mana?". Aku membisu sejuta kata. xtau nk jawab mcm mana. Teringat masa tue, p sekolah naik motor. Helmet lebih besar dari kepala. Almaklumlah, bila helmet lagi besar dari kepala, helmet mesti tutup mata. Hehehe....

Masa nk masuk Darjah 1, aku daftar di SK Padang Tembak 1 di Kuala Lumpur. Aku x ingat la samada abah aku ada temankan aku kt sekolah atau tidak. Rasanya dia teman kejap aje. Pastu waktu rehat datang balik. Then dia datang lagi selepas aku tamat sesi persekolahan. Aku belajar di sekolah tue sehinggalah Darjah 2. Banyak suka duka masa tue. Masa tue juga ada jugak terminat kt budak pompuan nie. Aku dh x ingat nama budak tue. Yela masa tue dalam tahun 1989 (Darjah 1) dan 1990 (Darjah 2).

Aku daftar di SK Long Jaafar, Kamunting, Perak di Darjah 3 (1991). Yang boleh jadi mcm kehidupan nomad yang suka berpindah randah nie sbb abah aku sorang tentera. Biasalah, kalo dh anak tentera nie mmg berpindah randah la. Aku bersekolah di SK Long Jaafar sehingga la Darjah 5. Masa darjah 5 tue cuma setengah tahun je. Aku sambung baki lagi sesi persekolah aku di SK Hj Wan Jaafar Ijok, Batu Kurau setelah mak abah aku membuat keputusan untuk berpindah ke kampung sbb abah aku dh nk pencen. Keputusan UPSR xde la bagus sangat tapi boleh dibanggaka jugak untuk diri sendiri.

Kemudian, bila dh abih sesi sekolah rendah, aku masuk plak ke sesi sekolah menengah di SMK Redang Panjang Ijok. Aku blajar dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5. Banyak jugak suka duka dok kt sekolah nie. Selain mempelajari ilmu akademik, aku juga belajar ilmu2 non-akademik seperti bercinta, mempimpin persatuan, dan banyak lagi la. Banyak perkara dan pengalaman yang dh aku timba dan cedok. Masa tue plak aku jadi Ketua Pengawas. Ramai jugak musuh dan ramai jugak kawan serta aweks...hehehe..Paham2 aje la, bila dh jadi ketua pengawas nie, umpama menjadi polis sekolah la membanteras jenayah2 sekolah..hahaha..ramai la gangster sekolah yang berdendam dengan aku. So, skang ada dh jadi kawan. Biasalah, sekolah dulu mana la matang sangat. Bila teringat balik, tersenyum sorang-sorang. Kalo nk diciter kan pengalaman2 masa sekolah dulu, mmg akan jadi episod by episod. Baik aku ringkaskan aje la..Aku pun penat menaip. Korang pun penat membaca. 

Korang pun mesti ada citer tersendiri masa zaman sekolah dulu. Mai la kita syer sama2. Diharapkan adik2 dan anak2 yang sedang bersekolah skang nie, belajar la rajin2. Dengarlah kata ibu bapa dan guru. Anggaplah guru tue seperti ibu bapa kita juga. Deme garang dan marah2 pada kita sbb deme care about us. Deme sayang kita. Deme nk kita menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan negara. Okey la..aku pun dh penat menaip. Sori la sbb ayat aku nie tunggang langgang skit. Aku nie bukan cikgu bahasa. hehehe.. Berjumpa lagi di entry seterusnya. Bye..


Papa sayang mama dan Luqman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan