Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan
berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya
maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu
kehendaki".
Seorang
perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah
s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu
diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka
mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah
swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita
selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu
keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang
itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sampaikanlah
kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh
kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt,
tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
Wajib
bagi seorang isteri :
·
Merendahkan
pandangannya di hadapan suaminya.
·
Tidak khianat
terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
·
Menunaikan hajat
suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah
mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
·
Meminta izin suami
untuk keluar dari rumahnya.
Diceritakan
dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat
di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan
sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang
tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan
malaikat serta semua manusia".
Sesiapa
sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam
kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan
suaminya dan mohon kerelaannya.
A'isya
r.a. berkata: "Wahai kaum wanita,
seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri
akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
Rasulullah
s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku
melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal
kebajikannya."
Nabi
s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada
suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke
atasnya."
Hadith
Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt
tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
Nabi
s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat
nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan
kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang
berada di neraka ialah
·
Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di
rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
·
Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar
kemampuan si suami.
·
Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan
tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada
sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali
bertaubat)
·
Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah
dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik
kaum lelaki).
Al-Hakim
bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.
"Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan
kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan
itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka
baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung
suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan
kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud
kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami
mereka". Berkatalah
perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan
berkahwin selama dunia ini masih ada."
Seorang
isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah
bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon
keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.
Menjadi
pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
Memahami
hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
Segala
tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
Sentiasa
menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti
dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
Demi
cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada
suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya
seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya
maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di
sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari
taman-taman syurga."
Sentiasa
menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia
didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan
air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat
satu tahun.
Memasak
mengikut kesukaan atau selera suami.
Menampal
baju atau pakaian suami yang koyak.
Siapkan
barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak
wangi di dalam satu bekas (sunnah).
Ikut
kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya
SUMBER : INFO MUSLIMAH
InsyaAllah, di next entry kita kongsikan berkenaan tanggungjawab suami pula. Selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan