Albumku

Albumku

Jumaat, 28 Disember 2012

TONG KOSONG YANG KELAM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua rakan-rakanku...

Korang pernah tengok tong kosong mcm nie x? Mesti pernah la kan. Banyak terdapat di bumi Malaysia tercinta nie. Dan ramai juga manusia yang lebih kurang perangainya macam nie seperti tong hitam yang kosong. Orang macam nie memang la tidak boleh pakai. Boleh merosakkan bangsa dan agama. Kalo diajak join business, confirm 300% yang business tue akan lingkup. Aku ada kenal dan jumpa orang yang macam nie. Lagaknya seperti orang yang pandai dalam segalanya. Tapi sebenarnya kosong. Bunyi kuat tapi xde apa-apa pun di dalamnya. Yang paling kelakarnya tanya soalan kat aku yang budak tadika pun tau. Ada sekali aku buat-buat xtahu jawapan pada soalan yang ditanya dan aku tanya balik tp dia boleh jawab dia pun xtahu. Hmmm.. Macam mana nk jadi pemimpin. Cakap berapi. Cakap hebat tapi kosong. Asalnya nk juga berguru dengan orang mcm nie tapi terpaksa dibatalkan hasrat tue. 
Banyak kisah pasal manusia nie. Dia pernah memburukkan nama anak sendiri sebab nk cover kawan baik dia sejak dia sekolah dulu. Apa punya jenis bapak la mcm nie. Pastu menyebarkan benda2 yang xbetul kepada orang lain. Yang paling best bila dia suka petik je nama orang sbb xnk apa2 kesalahan diletakkan atas bahu dia. Yang paling syiok dan tragik dalam hidup dia nie sanggup dia dok menipu kawan baik dia sendiri demi kepentingan diri sendiri. Kawan baik dia xtau yang dia dipersendakan oleh manusia nie. Pastu kawan baik dia nie punya la baik sanggup dok ikut je apa yang manusia nie berkata-kata then cakap orang lain yang macam tin kosong dan sanggup jadi balaci orang sedangkan dia xtau yang manusia nie dok memburuk-burukkan dia. Kesian aku tengok kawan baik dia tue. Kawan baik dia xtau yang kenyataan dia sebelum nie dicetak (print) oleh orang lain dan bukannya aku. Aku pun nk berterima kasih jugak kt seseorang nie sbb print kenyataan dia. Kalo x, sampai sudah kami semua xtau.
Jadi nasihat aku, dalam berurusan dengan setiap orang kenalah berhati-hati. Aku pun nak menasihati diri aku supaya agar berhati-hati di dalam berurusan dengan setiap orang yang aku jumpa dan kenal. Harap kita semua hidup dalam aman dan tenteram. Okey la...xnk cakap banyak. Nanti aku sama seperti tong kosong ni plak. Minta jauh la dari perangai macam nie. Minta maaflah ada tullisan aku kt sini yang xmenyenangkan hati korang. Cuma luahan hati ke blog..Hehehe..Apa2 pun harap di Tahun 2013 nie hidup kita makin diberkati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya. Peace no war.

"TUA TIDAK SEMESTINYA BIJAK DAN MATANG, MUDA TIDAK SEMESTINYA BODOH DAN KEBUDAK-BUDAKKAN"

moh kite renung bersama wei!


Papa sayang mama dan Luqman

1 ulasan: