Albumku

Albumku

Rabu, 30 November 2011

Makna Cinta Dan Perkahwinan

Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…
Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:
“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”
Guru itupun berkata:
“Itulah cinta”
Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan
Guru pun menjawab:
”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam
hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”
Lalu sang guru berkata:
“Itulah makna perkahwinan.”
Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Jumaat, 25 November 2011

Sekitar Majlis Makan Malam Gala 1 Kenangan Kelab Fotografi dan Kelab Pencak Silat

Acara Kerusi Berirama

Persiapan Majlis
 
Persiapan Majlis

Persiapan Majlis

Barisan Orang Kuat Disebalik Majlis Ini

Penyampaian Sijil Perhargaan kepada peserta Eksplore D' Bukit Larut

Antara Staff BMLIAHS yang hadir ke majlis ini

Penyampaian Sijil oleh Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM iaitu Pakngah Izhar

Barisan terkuat kelab
Majlis Makan Malam Gala 1 Kenangan dianjurkan oleh dua buah kelab paling aktif di Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Sciences (BMLIAHS) iaitu Kelab Fotografi dan Kelab Pencak Silat. Kelab Fotografi dipengerusikan oleh Nur Aisya. Manakala Kelab Pencak Silat dipengerusikan oleh Fakhruddin. Kedua-dua buah kelab ini di bawah seliaan seorang pegawai penasihat iaitu Encik Shafizul Ezwan. Majlis ini diadakan pada 18 November 2011 bertempat di Club House, BMLIAHS. Majlis ini bertemakan merah,hitam dan putih. Antara objektif penganjuran adalah untuk penyampaian Sijil Perhargaan kepada peserta-peserta pendakian Bukit Larut, Taiping yang diadakan pada 9 Julai 2011 lalu. Objektif lain adalah untuk menghargai jasa-jasa semua ahli kelab yang bertungkus lumus selama ini untuk menjadikan kelab ini antara yang paling popular dan aktif di BMLIAHS. Majlis ini tamat pada jam 10.30 malam. Ianya berlangsung dengan penuh kemeriahan dan lancar. Tahniah kepada semua jawatankuasa pelaksana Majlis Makan Malam Gala 1 Kenangan Kelab Fotografi dan Kelab Pencak Silat.

Generasi Lama dan Generasi Baru

Hmmmm..... Satu perkara yang aku tidak berapa nak paham...Kenapa orang lama yang berpengalaman tidak mahu menerima idea dari orang-orang muda yang mempunyai idea yang fresh. Bila kita nak bagi idea, alasannya "aku lebih lama makan garam dari kau" (patutlah kena darah tinggi). Alasan lain adalah "aku dh bekerja sebelum kau lahir lagi".....Okey...Fine!!!!...Kau cakap, kau mula kerja sebelum kami generasi muda nie lahir...tapi zaman kau ada ke Ipad, Iphone, Laptop, NetBook, komputer yang serba canggih...setahu aku, zaman kau guna mesin taip je....pastu baru la nak kenal dengan pc...tue pun zaman tue guna disket yang tebal dan besar..zaman sekarang orang dah tak guna semua tue...zaman skang dah canggih...tue baru perubahan teknologi....teknologi pun skang dah maju....cukup pantas perubahan berlaku....macam tue jugak business....kalo kau pikir business pada zaman kau, alamak ketinggalan la kau...bila nak bagi idea baru, tak nak terima sebab ego sangat...kau merasakan diri kau hebat sangat.....
Kesimpulannya, generasi muda memerlukan generasi lama untuk membimbing mereka ke arah yang lebih baik...manakala generasi lama pun kenalah berkongsi idea dan pendapat dengan generasi muda sbb zaman skang dah berubah....kita bukan berada lagi di zaman jepun...kita bukan lagi di zaman pra-merdeka...kita tidak lagi berada di dalam zaman mesin taip....kita bukan lagi berada di zaman yang dulunya kita dapat beli nasi lemak dengan harga 1 sen sahaja...kita dah berada di zaman moden....di zaman dunia yang tiada sempadan...di zaman teknologi yang serba canggih...di zaman yang skang orang guna pen drive untuk simpan segala maklumat..di zaman sume perkara di hujung jari...bersama-samalah kita berganding bahu untuk memajukan diri, agama dan negara...peace no war....

Khamis, 24 November 2011

Nilai Kasih Ibu

Ini adalah mengenai nilai kasih ibu…
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.

Kotak Berisi Kasih


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”
“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Titik Ais Di Dalam Hati

Dalam sebuah syarikat pengangkutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik. Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab. Tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya. Dia melihat dunia ini dengan pandangan kelam tanpa harapan langsung.
Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka. Mereka semua pergi dengan cepat dan tergesa-gesa. Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan. Nik menjerit, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, namun hampa kerana kesemua rakannya sudah pun pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya. Maka tidak ada yang mendengar jeritan pertolongannya.
Tangannya sudah merah dan bengkak-bengkak memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat menjerit kuat, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya. Akhirnya dia terduduk di dalam sambil menghelakan nafas yang panjang.
Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata: Dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan. Dia memaksakan diri dengan tangan yang gementar kesejukan, mencari secarik kertas dan sebatang pen, menuliskan surat wasiatnya.
Keesokan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantar Nik ke hospital untuk rawatan, tetapi malangnya Nik sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dan dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya. Dan yang paling menghairankan mereka adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja. Tetapi Nik mati “kesejukan”!
Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah tetapi dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghukum dirinya dengan hukuman mati. Bagaimana dia dapat hidup terus?
Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.
Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah diri kita juga selalu memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk melakukan suatu perkara, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya? Kehilangan banyak kesempatan untuk belajar berdikari? Untuk jadi lebih mengerti tentang kehidupan ini?
Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam hati kita sendiri. Sebelum berusaha, kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri.
Biarpun ada banyak bantuan yang diberikan kepada diri kita, ia tetap tidak akan membantu jika kita berfikiran negatif setiap masa.