Albumku

Albumku

Rabu, 18 September 2013

JANGAN JADI ORANG YANG TIADA AKAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia...

Cuma sekadar ingin berkongsi satu pengalaman berharga berkenaan sifat dan sikap manusia.
Sebelum tue aku mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara kita yang tercinta ini terutamanya di dalam mengharungi krisis di Lahad Datu. Walaupun ada pegawai dan anggota polis yang terkorban semasa krisis tersebut namun semangat mereka tidak luntur untuk terus berjuang dan menangkap pengganas-pengganas tersebut. Walaupun aku ini cumalah anak kepada seorang bekas tentera namun aku ada 2 orang bapa saudara yang bertugas sebagai anggota polis. Seorang anggota polis biasa namun dah meninggal semasa masih bertugas sebagai anggota polis dan seorang lagi bertugas sebagai anggota VAT69 di PGA Briged Utara di Ulu Kinta. Dan ada kawan-kawan aku semasa belajar di KYPM dan UUM dulu sekarang menjadi anggota dan pegawai polis yang disegani. Aku bangga dengan mereka. 

TAPI ada insan yang cuba merosakkan perasaan bangga aku ini. Setahu aku, insan ini pernah menjadi Kadet Polis semasa dia belajar di UiTM (tidak boleh disebut dari cawangan mana untuk kepentingan semua pihak) dulu. Kalau tidak salah aku lihat dalam gambarnya dia jadi Pegawai Kadet dengan ada 3 atau 2 paku di bahu kalau tidak salah pandang tapi memang ada paku la..Apa yang lebih memelikkan diri aku nie adalah tindakan dia nie macam tidak pernah jadi Kadet Polis. Join perhimpunan haram seperti mana yang korang tahu la.. Pastu nak buat report tanpa ada kes yang jelas melanggar mana-mana undang-undang yang telah diwartakan di dalam negara tercinta ini. Serang orang tanpa menyiasat terlebih dahulu. Adakah ini yang dia belajar semasa menjadi kadet dulu. Atau dia yang degil untuk menerima latihan-latihan yang diberikan.

Apa yang aku cuba rumuskan adalah struktur semula latihan-latihan kadet polis di seluruh IPTA/IPTS. Bagi latihan-latihan yang lebih tegas agar dapat menghasilkan pegawai polis yang berdedikasi dan tidak merosakkan imej PDRM supaya tidak melahirkan lagi orang yang seperti aku katakan ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku tetap bangga dengan PDRM yang bleh dikatakan pasukan beruniform terbaik dunia.