Albumku

Albumku

Rabu, 31 Oktober 2012

Assalamualaikum w.b.t

Dh lama juga aku tidak menulis di dalam blog nie.....dlm tempoh 'bertenang' nie pelbagai perkara dan peristiwa yang saya lalui yang mana ianya mematangkan diriku dan mengajar aku tentang nilai kehidupan sebenar...bermula dari aku berhenti dari tempat keje lama kemudian masuk ke tempat keje yang baru yang penuh pancaroba....maklumlah...orang bg kepercayaan kepadaku untuk mengendalikan syarikat..banyak perkara yang perlu aku lakukan dan banyak peristiwa yang telah aku lalui...tidak kurang juga sejak dari itu bertambah lagi kawan-kawan baru dari pelbagai latar belakang dan perangai...musuh pun bertambah juga..hehehe...inilah kehidupan....tapi aku lalui dengan tabah dan tenang.....tepat 21hb Julai 2012 jam 4.45 petang iaitu 2 hari sebelum hari kelahiran isteriku tercinta, Allah telah menganugerahkan hadiah yang paling bermakna bagi diriku dan isteriku...SHAFIZUL LUQMAN WAQIUDDIN telah selamat dilahirkan di dalam keadaan kami yang agak susah ketika itu. Namun Allah jua mempermudahkan segala urusan kami....Alhamdulillah....banyak dugaan yang aku perlu tempuhi...aku perlu lalui masalah di dalam keluarga...masalah di dalam kerjaya....namun masalah yang paling besar aku lalui adalah masalah-masalah di dalam kerjaya...namun, dengan sokongan isteri dan kawan baikku, aku lalui dgn tabah....pasti ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku...namun aku berdoa dan berharap semuanya akan berakhir suatu hari nanti....okey la....dalam episod seterusnya, aku akan berkongsi berkenaan kelahiran cahaya mata ku yang disayangi....jumpa lagi...wasalam...