Albumku

Albumku

Jumaat, 16 November 2012

Sahabat Baikku

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan2....

Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang seorang sahabat baikku. Namanya tidak akan diberitahu di sini. Dia bukan sahaja sahabat baikku tetapi jua sahabat baik isteriku. Apa yang menarik berkenaan dia? hmmm....banyak perkara menarik tentang dia. Dia juga seorang cantik dan comei. Aku dan isteriku tak sabar nk menanti siapalah calon suami dia yang bertuah tue. Hehehehe...

Itu adalah antara perkara-perkara yang menarik berkenaan hal dia. Yang lain tue mungkin aku ceritakan lain kali. Cuma aku nak berkongsi satu perkara tentang dia yang telah terjadi baru-baru nie. Dia menceritakan tentang keenakan buah durian di kebun abah dia. Kalau korang tengok cara dia bercerita tue, memang terliur la air liur korang tue. Silap-silap korang tak perasan yang air liur korang dah meleleh mendengar dia bercerita  tentang keenakan buah durian abah dia. Bak kata aku la, dia sememangnya layak menjadi promoter. Kalau korang lantik dia jadi jurucakap bagi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang korang atau syarikat korang tawarkan, confirm jualan korang mencanak naik.

Memang syok dengar dia bercerita tentang buah durian abah dia. Hendak dijadikan cerita petang tue aku datang ke rumah dia sebab abah dia nak bagi buah durian seperti yang dia ceritakan pagi tue. Yang bestnya, abah dia pun bercerita sejibik macam sahabat baikku nie bercerita. Terdetik dalam hati aku nie, diorang nie memang merancang ke untuk bercakap atau promote durian diorang tue. Tapi tue la. Bak kata orang-orang lama, Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi. Tue la perkara menarik berkenaan sahabatku nie. Dia anak abah la katakan. 

Sikap dia dengan abah dia serupa je. Memang jenis bukan penakut. Keras hati. Sebab apa aku cakap dia dgn abah dia keras hati. Kalo dia cakap mcm tue la, mcm tue kehendak dia. Sama je mcm abah dia. Baru-baru nie abah dia kena serangan jantung. Doktor suruh dalam masa 6 bulan pertama nie rehat dan jangan buat kerja-kerja berat tapi abah dia buat jugak. Yang bestnya degilnya abah dia, bleh plak pergi mesin rumput kat kebun dia berseorangan. Kalau jadi apa2 kat dia, sape yang susah. Hmmmm...Tp tue la..Tue la yang menjadikan sikap yang menarik berkenaan sabahatku dan abahnya. Memang keduanya sama je perangainya. 

Pendek kata siapa yang berhajat nak mengorat dia, pastikan korang betul-betul bersedia nak mengorat dia. Bukan calang-calang orang boleh mengorat dia. Hati nie rasa nak bercerita lagi, tapi kerja-kerja sedang menunggu untuk disiapkan. Minta maaflah kalo la cerita aku nie x berapa menarik sangat. Sebab otak aku skang nie masih sejuk lagi. Maklumlah minggu nie banyak bercuti. Jadi otak aku nie x banyak sangat bekerja. Hehehe.. Apa-apa pun tue je yang aku nak kongsikan. Lain kali kita cerita berkenaan hal lain plak ye. Okey la...Aku out dulu..Sekian. Wassalam.


Sayang mama dan Luqman sangat2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan